Wednesday 25 July 2012

KANGKUNG

halus amat anak kangkung ni

KACANG DAH BERBUAH

kacang dah nampak hasil setelah bena dibunuh

kacang diserang sakit 'kecut sebelum waktunya'..erm, apa penyebabnya..terkena baja chemical kot

TUAIAN HARI INI - BENDI

tuai 2 biji.. baka ni besar dan panjang.
tuaian pertama saya yang rasa, dan tuaian kali kedua ini khas untuk dirasa oleh ibu mertua...





Thursday 5 July 2012

1 PASU, MACAM-MACAM ADA

anak sawi ada, kangkung ada, mint pun ada.....semuanya dalam satu  pasu...ermm meriah nya.

CILI


cili pun dah berbunga...
timun berbunga, kacang berbunga, basil berbunga, cili pun sama.....ermm  agaknya musim bunga kot kat kebun kecil ku

TIMUN

inilah bunga timun ku..bunga punya la banyak tapi buah masih tidak muncul ..huhuhu


KACANG

Kacang dah mengeluarkan banyak bunga tapi masih tidak kelihatan buah...ermmm

BASIL

Basil dah berbunga banyak

Diharap sihat sentiasa

KAILAN

kailan mengeluarkan daun yang lebih banyak setelah  pucuk dan daun yang matang dituai.
daunnya masih comel2


BENDI

akhinya keluar juga BUAH BENDI setelah 5 putik bunga keguguran.


tak sabar nk tunggu putik yang lain berbuah


Monday 25 June 2012

ULAT PELOMBONG DAUN

tanaman diserang ulat pelombong daun, terutama kailan.
perosak ini telah dibunuh. siramkan kesemua  tanaman dengan air cili yang telah dimesin. 

TUAIAN KAILAN

kailan dah berbunga, tapi tak nampak pun biji dia. bunga jantan kot

semua pokok kailan dituai dan selamat ke perut, alhamdulillah...

benih kailan ni beli kat supermarket, batangnya kurus dan keras. so makan daun je 


KACANG

pokok kacang mula mengeluarkan bunga

putik bunga

mula memanjat



BENDI

Bendi mula mengeluarkan putik bunga. Kelihatan putik yang bawah mula kekuningan, dan gugur.
setakat ni 5 putik bunga telah gugur.
mungkin tanah liat kurang fosforus seperti yang dikata oleh blog tanamsendiri. 


Pertumbuhan bendi semakin menggalak selepas di tabur baja tahi ayam





KANGKUNG


kangkung minggu ke-2
kangkung pada minggu ke-3

kangkung minggu ke-4
kangkung ni dah selamat masuk ke perut, x snap gambar tuaian







Tuesday 29 May 2012

TUAIAN PERTAMA

KAILAN - Ini adalah hasil tuaian yang pertama dari kebun ku. Ikut kaedah "potong tumbuh lagi", so aku amik daun je, cukup la utk 2 orang makan....

KANGKUNG

Kangkung pada usia 1 minggu, benih adalah dari benih kongsi yang diberi oleh En.Is dari blog tanamsendiri.com


Monday 21 May 2012

KACANG

KACANG                                                                      
anak kacang hidup subur menjalar
anak kacang ini tumbuh dari biji kacang yang dikutip bersepah di atas lantai setelah anak-anak dara ku habis membuat seni lukis dari bijirin dan kekacang. kutip dan campak je kat dlm pasu, lepas sehari didapati biji telah mengeluarkan tunas...alhamdulillah

SAWI

SAWI                                                                           
Sawi

Sawi dan cili padi berkongsi pasu

MULBERI

MULBERI yang dibeli dari En.Is - tanamsendiri.com  http://www.tanamsendiri.com/2012_05_01_archive.html
Mulberi
Ditanam pada 16 May 2012 sejurus keratan batang diterima melalui pos. Kelihatan beberapa biji buah mula berputik pada 19 May 2012. Terima kasih En.Is http://www.tanamsendiri.com/2012_05_01_archive.html kerana benih menjadi.

CILI PADI

Cili Padi                                          

Cili padi telah dialih ke atas tanah
                        

KAILAN

Kailan...oh...Kailan                          
Kailan seminggu yang lepas



Kailan seminggu yang lepas

Kailan seminggu yang lepas

Kailan pada 19 May 2012

Kailan pada 19 May 2012

Kailan pada 19 May 2012